CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, May 19, 2007

Kutuk..

Akhirnya ada gak pompuan yg menang af...tapi she deserves to win sbb dari minggu2 memang die ada byk improvement..

Tinggalkan citer af final sbb aku nak citer skit pasal org yg suka mengutuk hasil kerja/fizikal org lain... Aku betul2 pelik la sbb ada sesetengah org kan dgn selambanya mengutuk org lain tanpa memikirkan bahawa org yg di kutuk itu pun ada hati, perasaan dan juga maruah diri.. Konon2nya kutukan yg diberi tu agak membina dan die paham sgt dgn situasi tersebut.. Tapi yg peliknya org2 begini apabila die pulak dikutuk die yg tidak dpt menerima kutukan tersebut.. Org yg mengutuk die plak yg dikatakan tidak professional.. Jika die sendiri terasa dgn kutukan org terhadap dirinya kenapa die tidak bleh berfikir yg org yg die kutuk juga akan berperasaan sedemikian.. Die lebih bernasib baik kerana die ada ruang utk membela diri dia tapi bagi org yg dikutuk kadang2 tidak mempunyai ruang langsung utk membela diri.. Jangan terlampau ego dgn kelebihan diri sendiri kerana suatu hari nanti mungkin kita akan berjumpa dgn org lebih hebat dari diri kita... Mungkin juga suatu hari nanti org yg kita kutuk itulah yg akan kita mintak tolong apabila kita berada di dalam kesusahan.. Hidup ini kdg2 kita di atas dan kdg2 kita di bwh.. Jgn mudah menilai jika perjalanan itu belum sampai ke penghujungnya... Rezeki masing2 kan...

Ada byk lagi cara lain yg boleh digunakan utk memberi teguran yg membina.. Jangan la sampai mengaibkan org lain...

p/s: Jika anda boleh mengkritik org lain maka anda juga harus bersedia utk dikritik dan dpt menerima teguran...

wassalam...

-eein-

0 comments: